<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3820258316413841739?origin\x3dhttps://illa-4n2.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Thursday, July 22, 2010 !@#$% 11:46 AM
Hari keharmonian Kaum



Semalam, sekolah saya telah menyambut Hari Keharmonian Kaum. Saya telah memilih pakaian "fusion".

Nurulatiqa, Nur Hazirah, Nor'atiqa, Nabilah Insyirah, Md Taufiq, Danial Aidi, Muhammad dan saya telah membuat sebuah persembahan pada waktu rehat. Kami menari tarian Melayu dan India. Dan ada juga yang menyanyi. Sambutan hari tersebut sangat menggembirakan apatah lagi bila diberi kebenaran untuk memakai baju tradisi kaum lain dan sendiri.

Saya tidak mungkin akan melupakan hari ini kerana ia bukan saja menarik tetapi telah mengeratkan silaturrahim antara saya dan rakan saya. Kelas saya juga telah menang kategori "most students wearing traditional clothes" dan ia telah membuat saya bangga untuk menjadi salah satu daripada kelas 4N2. Saya juga berterimakasih kepada Dianial Aidi, Muhammad dan Md Taufiq kerana telah bersusah payah untuk menari tarian zapin untuk pertama kalinya.

Tetapi, pada hari ini, saya tidak rasa begitu lengkap dalam segi pakaian kerana kami tidak diberi peluang untuk mempamerkan baju tradisi dengan betul.


(Back to top, Baby. )


Sunday, January 31, 2010 !@#$% 1:56 PM
Azam (My Resolution)

Tahun baru sudah tiba. Saya telah disuruh oleh guru melayu saya untuk berkongsi azam saya bersama rakan-rakan saya.

Setiap tahun, hampir setiap manusia ada azam baru yang tersendiri. Apabila saya lihat jam tangan saya, setiap minit yang berlalu mengingatkan diri saya tentang kesilapan yang saya telah lakukan. Walaubagaimanapun, saya juga rasa gembira kerana saya boleh memulakan hidup yang baru bak peribahasa, buang yang keroh, ambil yang jernih.

Azam saya tahun ini adalah, untuk tumpukan kepada pelajaran kerana saya percaya akan pepatah dalam bahasa Inggris, "The body won't heave it if the mind doesn't believe it". Saya juga berazam untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan berani untuk menerima cabaran apapun yang akan dilempar ke atas saya.

Itulah azam saya tahun ini.

New year has arrived. I am currently in school doing what my malay teacher asked me to do which is to share my new year resolution with my friends.

Every year, almost everyone has their own new year resolution. Each time the minutes passed, my heart would skip a beat & my mind would return back to the past. Reminding me about all the regretful mistakes I have made. Whatever it is, my heart was still filled with enthusiasm because I can now start afresh & forget the past.

My resolution this year is to focus on my studies and not let anything get along my way as I believe in the saying, "The body won't heave it if you don't believe it". I also wish to be more disciplined & brave to face any challenges.

Labels:



(Back to top, Baby. )


Wednesday, August 26, 2009 !@#$% 7:44 AM
Bulan Ramadhan


Pada bulan Ramadhan, semua umat Islam haruslah berpuasa. Dengan ini, umat Islam dapat mempertingkatkan lagi disiplin diri dan menjadi pemurah kerana pada bulan ini, kita harus berbagi dan tidak lokek terhadap sebahagian hidup manusia yang sedang dalam kesusahan atau yang miskin papa.

Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari minum, makan dan lain-lain yang boleh menyebabkan mereka batal puasa sehingga tiba waktu buka. Namun, ramai belia-belia makan di depan khayalak ramai tanpa segan-silu. Kaum perempuan selalunya memakai sebab datang haid sebagai sebab untuk makan. Kaum lelaki pula, tidak rasa kepentingannya untuk berpuasa.

Selama sebulan Ramadhan, umat Islam akan berpuasa setiap hari dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Pelik rasanya melihat kaum sendiri minum dan makan di depan diri kita. Jika mereka tidak bayar hari yang mereka batalkan puasa, biarlah mereka menanggung risikonya sendiri.

Labels:



(Back to top, Baby. )


Monday, April 6, 2009 !@#$% 8:38 AM
Sahabatku

Sahabatku bagaikan bunga
Harus dijaga untuk merkah
Sahabatku bagaikan bunga
Sentiasa ceria dan menyinari hidup kita

Sahabatku bagaikan payung
Yang memberiku teduh
Sahabatku bagaikan payung
Seorang yang sangat kukuh

Sahabatku bagaikan kipas
Sering meredakan marahku
Sahabatku bagaikan kipas
Yang mendinginkan hatiku

Sahabatku sangat berguna
Boleh menolongku dalam banyak cara
Sahabatku sangat berguna
Tanpa dirimu duniaku tidak semesra


(Back to top, Baby. )